Pakai simple, tapi kaya. Pakai smart tapi miskin

on Monday, 15 September 2014


Oleh Irfan Khairi
Adakalanya ketika di pusat membeli belah, saya perasan keadaan di mana seorang makcik berpakaian serba sederhana sedang meninjau-ninjau barangan, tidak dilayan. Tetapi, seorang lelaki yang berpakaian serba segak berkot dan tali leher, amat pantas dilayani 2 orang jurujual.
Memang menjadi lumrah, yang cantik dan bergaya akan diberi perhatian. Kata orang putih Don't judge a book by it's cover, yang bermaksud jangan sesekali melihat pada luaran sahaja kerana dalaman tiada siapa yang tahu.
Siapa tahu, mungkin makcik yang sedang meninjau-ninjau barangan berpakaian serba sederhana itu adalah seorang usahawan jutawan? Tidak siapa tahu juga, lelaki segak yang berpakaian hebat mungkin hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar membayar bayaran kereta setiap bulan.
 Pada hakikatnya, ramai yang berpegang pada pepatah "Biar papa asal bergaya". Hujung bulan, tidak hirau bank berbaki negatif asalkan bergaya dengan kereta mewah dan pakaian segak.
Konsep sebegini semestinya adalah salah. Namun tulisan saya kali ini bukan untuk memberi teknik dan strategi berjimat dan menyimpan, tetapi, lebih kepada hubungan antara wang dan cara kita melihat diri kita sendiri.
Selalunya, apabila memilikki wang, ia memberi keyakinan diri yang tinggi pada seseorang, berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai wang. Wang seolah-olah mempunyai kaitan dengan keyakinan diri kita sendiri. Adakalanya juga wang akan membuat kita rasa gembira apabila sedang bersedihan bila kita keluar melakukan terapi membeli belah. Tetapi, ada kalanya juga, boleh membuatkan kita marah dan sedih bila kekurangan wang untuk belanja pada isi rumah dan keluarga.
 
Berbalik kita kepada persoalan seseorang yang memakai pakaian yang kemas, berkot dan bertali leher dibandingkan dengan seseorang yang berpakaian agak ringkas mungkin hanya baju T dan berseluar jeans. Pastinya juga, seseorang yang memakai pakaian kemas akan dapat merasakan keyakinan diri pada diri sendiri meningkat. Sebagai tambahan, orang sekeliling juga mungkin melayan mereka dengan lebih baik juga akan menambahkan lagi keyakinan.
Namun tidak bermakna juga seseorang yang memakai baju T dan jeans tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya teringat beberapa ikon keusahawanan yang saya minati seperti Richard Branson dan Steve Jobs yang merupakan bilionair, sering mengenakan pakaian ringkas walaupun di majlis rasmi. Ini kerana, bagi mereka, keyakinan diri tidak datang daripada cara pemakaian.
Ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Keyakinan diri tidak semestinya datang daripada wang sahaja. Ianya dikatakan rezeki datang dalam pelbagai cara. Bukan hanya wang. Kesihatan, keluarga bahagia, ilmu pendidikan, kenalan, saudara mara dan sebagainya juga adalah rezeki seseorang itu. Dengan melihat positif semua rezekki yang kita miliki dan menjadikannya picu untuk meningkatkan keyakinan diri, seseorang itu tetap dapat merasakan keyakinan diri meningkat.
Apa yang perlu diingat adalah, seperti pepatah don't judge a book by it's cover. Orang yang pakai simple, jangan disangka tidak berduit. Orang pakai kot, kemeja, tali leher dan slack, tak semestinya kaya. Apa yang penting adalah, untuk melayan semua insan dengan baik tidak kira gaya dan penampilan. Tidak kira kaya ataupun miskin.

8 Senaman Minda Untuk Berjaya

on Monday, 8 September 2014


(oleh Irfan Khairi)
Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang positif. Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik kepada minda. Terdapat 8 senaman minda yang perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.
1. Fikirkan masa hadapan
Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan. Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.
Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.
2. Punyai matlamat dalam minda
Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.
Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen dan kertas serta tuliskan dengan  spesifik  apa, bila dan bagaimana anda ingin mencapai matlamat anda.
3. Komitmen kepada kecemerlangan
Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan cara untuk menjadi hebat dalam industri mereka. Walaupun, belum mencapai kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Dalam apa sahaja industri sekalipun, telah terdapat mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Apabila minda hebat,  kejayaan pun pastinya hebat!
4. Fokuskan kepada penyelesaian
Mereka yang berjaya memikirkan keputusan dan penyelesaian, dan bukannya masalah. Latihkan minda anda untuk memikirkan keputusan yang ingin dikecapi dan jauhkan dari segala pemikiran yang negatif.
Pemikiran negatif akan membunuh semangat kita. Suara-suara negatif dalam dan juga di luar diri kita akan menjatuhkan motivasi dan membuatkan kita fikirkan masalah. Dalam apa sahaja usaha kita, pastinya akan bertembung dengan pelbagai masalah. Fokuskan  minda kita kepada penyelesaiannya.
5. Orientasi keputusan
Setiap insan mempunyai kekuatan masing-masing. Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan yang terbaik. Di manakah kekuatan anda yang  perlu  anda fokuskan?
Berikan tumpuan kepada minda untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Berbuat begini akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa kebanyakan masa kita yang tidak memberi fokus kepada keputusan, ia akan berakhir  dengan membuang masa.
Senamkan minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Tiada masa untuk membuang masa!
6. Fikirkan kegagalan membawa kejayaan
Lihat saja kesemua ikon-ikon yang berjaya di dunia ini, hampir kesemuanya melalui kegagalan sebelum berjaya. Ini adalah kerana mereka meletakkan benchmark, atau menjadikan kegagalan dalam hidup mereka itu sebagai satu tanda untuk mereka melepasinya. Dengan selalu berfikir setiap kegagalan yang kita alami dan tempuhi itu sebagai satu garisan untuk kita mencapai kejayaan, minda kita akan bertindak positif dan selalu mengingatkan kita arah kejayaan, dengan cara itu minda kita semua juga memberitahu kita boleh berjaya dengan cemerlang.
7. Dedikasi dalam memperbaiki diri
Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu, akan menjadi lesu dan di takuk lama sahaja. Penuhi minda dengan ilmu-ilmu baru, sama ada dari membaca buku, internet, mempelajari dari mereka yang telah berjaya, serta menghadiri majlis-majlis ilmu.
Dedikasikan diri anda supaya sering mempelajari kaedah dan teknik baru dalam industri anda. Mereka yang berjaya adalah mereka yang  sering membaca dan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru.
Ada juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi, selalunya, lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik 'nasib' yang akan dating  kepada kita!
8. Lakukan sesuatu sekarang!
Apa yang anda perlu lakukan selepas membaca artikel ini? Lakukan sesuatu sekarang ke arah kejayaan anda. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang kita selalu lakukan, sehingga minda kita telah dilatih  iaitu 'melengahkan masa' sebagai satu tabiat.

Setiap orang mempunyai masa 24 jam. Mereka yang berjaya, mahupun mereka yang sederhana, atau yang gagal sekalipun, tetap hanya mempunyai  masa 24jam sehari untuk diluangkan.

Semuanya bergantung kepada cara kita membahagikan masa dan menjimatkan masa. Tanamkan mindset yang aktif dan akan melakukan sesuatu SEKARANG dan bukan sekadar "Tunggu dulu... nanti-nanti kita buat" sifat sebegitu, pastinya tidak akan membawa anda ke mana-mana. Amalkan 8 senaman minda ini, anda pasti akan dapat merasa perbezaannya.

on Sunday, 7 September 2014

BERUBAH
Jika bukan anda
siapa lagi?
Jika bukan sekarang
bila lagi?
“Hijrah”


CBP PLUS
MUDAH, MURAH, MEWAH
Dengan hanya 5 langkah mudah,
anda mampu menikmati pendapatan
sehingga
RM100,000.00
Tanpa perlu membayar sewa,
gaji pekerja, ‘overhead’
dan menyimpan stok.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut
FAZLINA-012-6543184

Tengok harga je, terus tolak??

on Tuesday, 10 September 2013


Hari ni, saya nak bawa anda untuk fikir tentang jangka masa panjang.
Bukan calang-calang barang yang boleh saja-saja kita jual mahal.
Sudah pasti bersesuaian dengan kualiti nya.
Percaya atau tidak, ada jaminan, there's guarantee that DX ELYSYLE tahan sehingga melebihi 10 tahun !!
Keselesaannya? Macam tak pakai corset pun.


DX ELYSYLE memberikan kesan mengkagumkan serta-merta kepada pemakainya !!

DX ELYSYLE mampu menegang, menganjal & memontokkan payudara wanita yang kecil, mengendur & menggelebeh sepantas 2 minit selepas memakainya !!

DX ELYSYLE mempunyai fabrik dan tenunan yang sangat luar biasa dan menarik dan memang kelihatan amat berbeza dari segi design, warna dan kesannya kepada pemakai.

Pemakaian DX ELYSYLE menegapkan bentuk tubuh supaya menjadi lebih sempurna dengan 3 langkah pengalihan lemak iaitu MENOLAK, MELETAK & MENGUNCI lemak di posisi dan tempat yang betul.

Rata-rata prospek yang mencuba DX ELYSYLE buat pertama kali pasti akan terpukau keasyikan dan pasti akan terus membuat belian produk ini !!

Ok, yang ni 18thn ke atas ye, untuk yang dah berkahwin, DX ELYSYLE sangat sesuai dipakai sebelum pasangan 'bersama'.

Potongan & design DX ELYSYLE adalah sangat seksi dan menawan !! Si dia pasti tidak berkedip melihat anda di depan mata.

Jangan tunggu lagi. Hubungi saya SEGERA.

Adakah anda mendapat sokongan yang betul??

on Monday, 9 September 2013






Setiap orang mempunyai bentuk badan yang tidak sama. Tetapi kita perlu menjaga dan seimbangkan bentuk badan supaya kelihatan lebih ideal.

 

 Memang tidak dapat dinafikan impian setiap wanita untuk mendapat bentuk badan yang cantik dan sempurna. Kerana kecantikan adalah hak milik setiap insan yang perlu dijaga.
 


Ketahui rahsia baju ini dengan mencuba sendiri. Hubungi saya untuk ‘fitting’ PERCUMA.


EL MARINO Blanc

on Sunday, 8 September 2013


El Marino Blanc ialah suplemen kulit dalaman canggih ( nutrikosmetik ) menawarkan pelbagai fungsi - selain menambah semula kolagen dan elastin yang hilang dalam kulit , ia turut menyekat aktiviti enzim yang menguraikan struktur kolagen dan elastin dalam kulit , disamping meningkatkan sintesis kolagen dan elastin daripada degradasinya .
Menggabungkan 2 jenis Teknologi Canggih dari Perancis :

° Pemenang Anugerah Aktif Delima VIQUA® via ADS® Berpaten Sistem Penghantaran Nano
° Adunan istimewa Collactive Peptida Kolagen & Elastin Terhidrolisis
3 Aksi Sasaran

° Merencatkan aktiviti enzim perosak kolagen ( kolagenis ) & elastin ( Elastas )
° Mempercepat penghasilan kolagen & elastin baru
° Menggantikan kehilangan kolagen & elastin baru
Kolagen & Elastin merupakan bahan utama di lapisan dermis yang memberikan kesan tegang , padat & lembap kepada kulit . Sebanyak 70% daripada tisu kulit terbentuk daripada kolagen .

Hubungi saya untuk harga istimewa.

Apa lagi kelebihan DX Lingerie ni…

on Saturday, 7 September 2013


Keseluruhan DX Lingerie ini  mampu memberikan faedah-faedah berikut:

1. Bentuk tubuh yang sempurna seperti barbie-doll walaupun anda seorang yang berisi/kurus kering.
2. Menguruskan berat badan dengan cara yang sihat - tanpa diet yang melampau, tanpa senaman berat, tanpa suplemen yang merbahaya!
3. Harga yang sangat berpatutan dan mengikut kemampuan masing-masing.
4. Mengekalkan kesihatan tubuh badan melalui kaedah semulajadi tanpa melibatkan teknologi kesan jangka masa panjang seperti infra-red/nano tech.
5. Membantu membaikpulih sistem badan - pencernaan, perkumuhan, pembiakan, peredaran darah dan postur tubuh.

6. Memiliki aset yang sangat berharga iaitu kecantikan dalaman dan luaran melalui satu-satunya pakaian dalam terbaik di dunia!!!

Serlahkan Susuk  Badan Yang Sempurna 
Kembalikan Bentuk Badan Yang Ramping
 
© Langsing 2020 All Rights Reserved
Service Tempahan Design